Sunday, May 16, 2010

Mesej dari Che Wan Amildin, 10 Mei 2010

a,alaikum kenkawan..
melihat segala macam perkara muncul kebelakangan ni kawan terpanggil untuk berikan sedikit ulasan serba sedikit sejarah sebelum sejarah JFT bermula. sejarah awal JFT bermula pada tahun 2005 yang diasaskan oleh beberapa orang pemancing masa itu tapi sejarah awalnya bermula bila?
kawan akan imbau kembali rentetan peristiwa awal tahun 2001. kawan mula terjumpa sebuah forum pancing dalam internet yang dikenali sebagai MALAYSIA FISHING NET edisi lama. ketika itu hanya ruangan english yang aktif manakala forum melayu sepi walau ada beberapa kerat pemancing melayu sudah menjadi ahlinya. tahun 2002 kawan register menggunakan 2 nama iaitu wan_amildin dan gerong_belang kerana tiada orang lain selain kawan berdua dimasa itu dalam forum melayu.
perbincangan antara kawan dan gerong belang berasaskan info dan perkongsian pengalaman pancing.
tahun 2003 vincent pemilik MFN telah upgrade keserver yang lebih baik spt mana yang ada sekarang. kawan register semula tanggal 07/04/2004 dan mula mengorak langkah dengan lebih aktif berikan info bergambar dan berkongsi pengalaman dengan tujuan untuk menarik lebih ramai lagi pemancing2 melayu ke MFN. kemasukkan 7 orang old timer pertama telah berikan suntikkan semangat pada kawan yang satu hari nanti MFN pasti menjadi yang terhangat diMalaysia. 7 orang pertama itu kawan tawarkan trip pancing tenggiri ke Karang Ngah dengan percuma dan hasilnya sangat memuaskan. 9 ekor tenggiri berjaya didaratkan dan lapuran pertama telah dibuat dan telah berhasil menjadi daya tarikan kepada ramai pemaicing baru. forumer johor yang pertama mmendaftarkan diri diMFN ialah pipitebal (mohd saith kadiman) iaitu pada 14/04/2004. ruangan bahasa melayu mulai berkembang dengan kemasukkan beberapa puluh pemancing baru. tapi hasrat untuk berikan info secara terus belum tercapai jadi kawan aturkan beberapa trip karang ngah untuk bertemu terus dengan forumer2 baru. barulah kawan berpeluang berikan info pancing kepada mereka didalam kelas yang sentiasa kawan adakan sebelum trip bermula. kawan sentiasa menantikan forumer johor mendaftar diMFN untuk kawan satukan dalam MFN. bro kasmion menyusul pada 8/5/2004. sessi karang ngah kawan teruskan dan kaki johor pun sudah mulai masuk untuk belajar mancing tenggiri. beberapa kelas kawan adakan dirumah dan juga dikedai menjadi tumpuan kenkawan sekitar johor. LanPG_jhr juga merupakan forumer johor awal mengikuti kelas kawan dan mendaftarkan diri di MFN pada 13/07/2004. sessi ngeteh kawan aturkan dari masa kesemasa untuk menarik minat lebih ramai lagi pemancing johor. arwah DORADO02 dan remus adalah 2 nama awal dari seberang tambak menyusul di MFN. perkembangan ini sangat perlahan kawan berikan tumpuan kepada forumer baru MFN dan alhamdulillah kemasukkan mendadak terjadi diakhir tahun 2004. lapuran karang ngah yang disediakan oleh kenkawan selama setahun menjadi pendorong utama kebanjiran forumer masa tu. masa tulah ramai forumer johor berdaftar di MFN jadi kawan ambil peluang ini untuk dekati mereka dengan mengada kan sessi ngeteh disamping adakan kelas dan anjurkan trip karang ngah utk kaki johor. alhamdulillah ramai yang mula bersatu dan dari sinilah bermulanya idea untuk mewujudkan sebuah kesatuan pancing negeri johor. octopus, arwah karim, pipitebal dan cikgu kasmion merupakan penggerak utama mencetus idea mewujudkan persatuan pancing johor tetapi tidak dapat diteruskan kerana kekurangan ahli sehinggalah kawan berjumpa dengan team dewa pancing yang sering berkumpul di cahaya masai. team ini yg terdiri dari sahabat kita coolfish, kroo, asridesa, norule dan ramai lagi.dengan sokongan dari team dewa pancing setelah melalui beberapa mesyuarat dan perbincangan tidak formal maka tertubuhlah sebuah kelab pancing johor yang dikenali sebagai JENGKING FISHING CLUB (JFC). beberapa perubahan telah berlaku pada nama kelab ini hinggalah termeterainya nama JOHOR FISHING TRIBE drp idea saudara asrikota semasa kami berbincang di restoran johorFC pusat bandar. kawan sangkakan panas ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari. JFT yang gah satu ketika dulu dengan artikle pancing dalam dada2 akbar dan majalah mulai sepi. artikle2 yang keluar tu bukan usaha JFT sebenarnya tapi usaha member2 kawan spt cikgu zahari dan dr prof azmi ariffin. lapuran bergambar trip2 JFT kawan hantarkan kat mereka supaya diterbitkan untuk menaikkan lagi nama JFT. tapi JFT mulai pudar dengan pudarnya tulisan di akbar. masing2 membawa diri membawa haluan sambil memegang kemudi bahtera sendiri meninggalkan mother boat JFT tanpa kemudi dibawa arus ketengah ketepi tanpa haluan. demi untuk melihat JFT gah kembali kawan sering mengunjungi enal (Bodyguard) di cibercafenya di taman cendana. kami berbincang untuk mewujudkan sebuah portal yang merupakan forum dalam internet. saudara bodyguardlah yang banyak berikan idea dan dengan usaha beliaulah forum JFT diwujudkan. kami sering bersama Iezam, asrikota, rahman, scofool dan scofield berbincang untuk mencari jalan mengaktifkan forum JFT dengan berbagai lapuran tapi sambutan tidak memuaskan dan satu ketika forum ini sampai ke peringkat nyawa2 ikan tapi dengan berkat kesabaran saudara bodyguard ia dapat bertahan hingga kehari ni..salute kat bro.

dalam terkial kial JFT menghitung hari yang semakin lama semakin kusam sahabat kita mohdaa telah mendaftarkan diri iaitu pada bulan jun 2009. lapuran demi lapuran dan info demi info berkenaan pancing beliau sebarkan di JFT kerana beliau juga ingin melihat JFT berkembang semula. dengan bantuan pittaro dan mohdaa JFT mula bernafas kembali. ahli2 lama mulai aktif semula dan ahli2 baru mulai mendadak masuk memenuhi semua ruangan. kemasukkan ahli2 baru yang begitu aktif spt arwah rosman, alzumin, jebatjohor, hairie85 dan ramaai lagi yang lain telah mewarnai semula JFT. ahli2 baru pula terdiri drp org yg punyai misi dan visi yang tinggi untuk melihat JFT setanding bahkan melebihi forum2 pancing lain yang pernah mereka sertai. mereka melihat kekurangan yang ada dan mahukan perubahan yang drastik untuk menjadikan JFT dapat berkembang dengan lebih pesat lagi. setelah beberapa perbincangan diadakan perubahan perlu dibuat. perubahan yang pertama ialah perlantikan ahli jawatan kuasa untuk mengubah haluan JFT kearah yang lebih baik. tanggungjawab diberikan kepada beberapa individu untuk mmencari kelemahan yang ada dan memulihkannya kembali. kerangka JFT yang lama yg semua ketahui amat lemah telah diperkukuhkan dengan bantuan AJK yang dilantik. tanggung jawab ini mereka pikul dengan komitmen tanpa mengharapkan balasan demi melihat JFT berkembang maju.